Berita

Bantu ringan beban rakyat, kerajaan perkenal susu formula Rahmah

KPDN akan mengadakan libat urus bersama syarikat pengeluar susu formula bagi membincangkan berkenaan harga Rahmah.

KUALA LUMPUR 14 Julai – Kerajaan akan memperkenalkan susu formula harga Rahmah dalam masa terdekat bagi membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, buat masa ini pihaknya sedang menunggu harga yang ditawarkan oleh pihak pengeluar susu tepung berkenaan.

“Kita sudah melaksanakan sesi libat urus bersama pengeluar, setakat ini maklum balas yang diberikan oleh mereka amat positif,” katanya semasa sidang akhbar, hari ini.

Sebelum itu beliau merasmikan Karnival Jualan Rahmah di Kampung Laut di sini.

Terdahulu, KPDN akan mengadakan libat urus bersama syarikat pengeluar susu formula bagi membincangkan berkenaan harga Rahmah.

Fuziah berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kenaikan harga susu formula di pasaran ketika ini malah tindakan segera akan dilakukan bagi mencari solusi meringankan beban rakyat. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button