Jenayah

Murid darjah 6 dirogol bergilir-gilir, polis tahan 3 lelaki di Batu Pahat

Murid berkenaan mengenali ketiga-tiga suspek melalui media sosial

BATU PAHAT 16 Ogos – Polis menahan tiga lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat merogol murid darjah 6 pada awal pagi Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, kesemua lelaki berusia 18 hingga 20 tahun itu ditahan pada jam 3.35 pagi di sekitar Batu Pahat.

“Polis menerima satu laporan polis daripada seorang wanita warga tempatan yang menyatakan anaknya yang berusia 12 tahun dan masih bersekolah dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga rakannya yang dikenali melalui media sosial.

Bertindak atas maklumat, polis kemudiannya berjaya memberkas kesemua lelaki berkenaan.

“Polis juga telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Ismail, Majistret Mahkamah Batu Pahat juga telah membenarkan kesemua lelaki tersebut ditahan reman selama tujuh hari mulai 16 hingga 21 Ogos, bagi membantu siasatan. –Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Back to top button