Politik

Jadi calon PN, keahlian Harrison dalam UMNO dilucut

KUALA LUMPUR 27 Julai – Keahlian Timbalan Ketua Umno Sungai Buloh, Harrison Hassan dilucutkan secara automatik kerana menjadi calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Jeram, kata Presiden Zahid Hamidi.

Ditanya jika Harrison pernah memohon keluar parti, katanya, beliau tidak dapat maklumat itu, tetapi hanya mendengar khabar angin dia akan bertanding atas tiket parti lain.

“Saya sudah dengar (khabar angin) sebulan lalu, jadi saya tidak terkejut dengan perkara itu.

“Kita hanya memerlukan ahli yang taat kepada parti, jika mereka lebih taat kepada parti lain, maka itu pilihan dibuat individu berkenaan,” katanya menurut Utusan Malaysia dalam sidang media di Putrajaya.

Malam tadi, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan itu bertanding di 56 kerusi pada PRN Selangor, di mana Bersatu meletakkan 12 calon, diikuti PAS (17), Gerakan (lapan) dan 10 calon mewakili Bersatu-Bersekutu, iaitu satu daripada sayap Bersatu. — FMT

Artikel Berkaitan

Back to top button