Politik

(VIDEO) Sanusi ‘ready’ buka lembaran baru, harap Kerajaan Perpaduan tak simpan dalam hati

Sanusi melafazkan sumpah menyandang jawatan Menteri Besar sekitar jam 10.17 pagi di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah

ALOR SETAR, 14 Ogos – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersedia membuka lembaran baharu dalam pemerintahannya dan berharap Kerajaan Perpaduan turut berpendirian sama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berkata, kerajaan negeri juga mahu menjalinkan hubungan baik antara kerajaan negeri dan pusat.

 


“Kalau mereka (Kerajaan Perpaduan) masih simpan dalam hati saya tak tahu.

“Mana boleh simpan dalam hati hal-hal pemerintahan kerajaan, urusan ikut prosedur kerajaan, hal hati mana boleh bawa dalam tu, kena simpan dalam peti.

“Takkan pilihan rakyat nak marah, menghukum rakyat Kedah, kerana rakyat Kedah pilih PN, mana boleh macam itu, ini demokrasi.

“Kena faham konsep demokrasi. Ingatlah dosa pahala semua,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, pagi ini.

Sementara itu, Sanusi berkata, kerajaan pusat tidak boleh menghukum rakyat Kedah semata-mata memilih Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negeri.

‘Mana boleh hukum rakyat Kedah pilih PN, jangan hukum orang kerana itu, kita beri rakyat memilih, rakyat pilih, kita hukum mana boleh. Berdosa,” ujarnya.

Ditanya sama ada kemenangan 146 kerusi oleh PN pada pilihan raya di enam negeri disebabkan oleh populariti beliau, Sanusi berkata: “Saya rasa betul, apa mereka kata itu benar,”.

Terdahulu, Muhammad Sanusi melafazkan sumpah menyandang jawatan Menteri Besar sekitar jam 10.17 pagi di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button