STR dinaikkan ke RM3,700
Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Kerajaan akan meningkatkan kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada RM3,100 kepada RM3,700 pada tahun hadapan.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan Madani Kedua di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.
Beliau berkata, untuk STR 2024, bayaran pertama dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 akan disalurkan sebelum Ramadan.
“Tahun ini, kita telah perkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam myKad RM200 penerima STR sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan.
“Mengambil kira maklum balas yang amat baik, kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan. — Xklusif