Berita

Syarikat perkapalan Isreal dilarang berlabuh di Malaysia

Syarikat yang membawa bendera Israel atau dalam perjalanan ke Israel juga dilarang guna pelabuhan negara.

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Syarikat perkapalan berpangkalan di Isreal, ZIM tidak dibenarkan untuk berlabuh di mana-mana pelabuhan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekatan itu adalah satu tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian serta kekejaman berterusan ke atas rakyat Palestin.

“Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat berkenaan berkuat kuasa empat minggu dari sekarang.

“Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal terbabit untuk mendarat di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga pada hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet yang lalu.

Selain itu, Anwar berkata, negara ini turut mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

“Kedua-dua sekatan ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya sambil menambah keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button