Politik

Ada yang bawa lari ‘harta’ parti lepas kalah pemilihan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR 3 April – Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada bekas pemimpin bahagian melarikan “harta” dari pejabat parti selepas tumpas pada pemilihan lalu.

Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan identiti bekas pemimpin bahagian terlibat, sambil menjelaskan perkara itu dimaklumkam ketua bahagian baharu.

Katanya, beliau akan akan mendedahkan lebih lanjut perkara itu di majlis bersesuaian.

“Saya tahu pemberita tahu bahawa saya sangat telus dalam perkara ini. Tetapi, biarlah cukup saya beritahu terdapat perubahan apabila sesuatu jawatan dipegang tentunya pemegang jawatan lama yang menjadi pemegang amanah kepada pejabat lama, merasakan segala harta benda yang ada di pejabat itu milik dirinya.

“Maka, apabila yang pemimpin baharu datang mengambil alih jawatan, yang ada hanyalah pejabat kosong. Saya tidak mahu bercerita lebih panjang lagi, tetapi biarlah saya bercerita nanti di majlis bersesuaian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di PPR Seri Semarak pada semalam.

Hadir sama pemimpin sayap UMNO, Ketua Wanita, Noraini Ahmad, Ketua Pemuda ,Akmal Saleh dan Ketua Puteri, Nurul Amal Mohd Fauzi. – FMT

Artikel Berkaitan

Back to top button