Berita

Bapa Baddrol Bakhtiar meninggal dunia

Bapa ADUN Gurun itu meninggal dunia di kediamannya di Cinta Sayang Resort Villa

SUNGAI PETANI 23 Ogos – Bapa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar, meninggal dunia di kediamannya di Cinta Sayang Resort Villa, di sini, pada jam 6.04 pagi ini.

Pemergian Allahyarham Bakhtiar Md Isa, 66 tahun, dimaklumkan menerusi akaun rasmi media sosial bekas pemain bola sepak kebangsaan itu yang baharu sahaja dipilih sebagai wakil rakyat pada 12 Ogos lalu.

Difahamkan, Baddrol telah menemani bapanya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, bapa mentua Baddrol, Mustafa Khalid Hanafi, 66 tahun, ketika dihubungi berkata, Allahyarham baharu selesai menjalani pembedahan bagi penyakit angin pasang di HSAH.

Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Taman Ria, Sungai Petani selepas Zuhur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Busyro, Merbok. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button