Berita

Hujan lebat, ribut petir dijangka landa negara hingga 9 malam

Hujan lebat mula turun petang tadi di beberapa buah negeri.

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal di kebanyakan negeri sehingga jam 9 malam ini.

Selain ibu kota dan seluruh Melaka, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Perak katanya, cuaca itu diramal di kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Muallim manakala di Pulau Pinang membabitkan kawasan Barat Daya dan Timur Laut negeri itu.

“Di Terengganu membabitkan kawasan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); Pahang (Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan) selain Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor.

“Negeri Sembilan pula membabitkan kawasan Seremban, Port Dickson dan Rembau manakala Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat,” katanya.

Katanya, ramalan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang turut diramal di Sarawak membabitkan Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Song) dan Limbang selain Sabah iaitu di kawasan pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Penampang, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod),” katanya.

METMalaysia dalam pada itu memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Orang awam boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta muat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. — Berita Harian

Artikel Berkaitan

Back to top button