Berita

Mayat tanpa identiti ditemui bawah bot Maritim Malaysia

Kru bot Maritim Perkasa 1239 terlihat separuh badan mayat terapung di bawah sebuah bot di jeti berkenaan

IPOH, 29 Okt – Satu mayat tanpa identiti ditemukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dekat Jeti Zon Maritim Kuala Kurau di Perak, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, mayat ditemukan oleh pasukan bot peronda Maritim Malaysia.

Jelas beliau, kru bot Maritim Perkasa 1239 terlihat separuh badan mayat terapung di bawah sebuah bot di jeti berkenaan.

Usaha mengeluarkan mayat dilakukan dengan bantuan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat setempat.

Mayat diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button