Berita

Vaksin tamat tempoh, kerajaan rugi RM505 juta – PAC

Dalam laporan yang dikeluarkan hari ini, PAC menekankan tiadanya perjanjian kontrak untuk pembelian 136 mesin ventilator yang dibuat melalui syarikat gergasi farmaseutikal tempatan

KUALA LUMPUR 30 Okt – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati ada beberapa kejanggalan dalam perolehan kerajaan semasa kemuncak pandemik Covid-19 dan ia menyebabkan kerugian besar wang pembayar cukai.

Dalam laporan yang dikeluarkan hari ini, PAC menekankan tiadanya perjanjian kontrak untuk pembelian 136 mesin ventilator yang dibuat melalui syarikat gergasi farmaseutikal tempatan.

Keadaan itu, kata PAC, menyebabkan kerajaan terhalang daripada memulakan tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula ganti rugi ekoran kerosakan terhadap 104 ventilator yang diterima Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2020.

PAC juga mendedahkan kerajaan mengalami kerugian RM505 juta akibat menerima kira-kira 8.5 juta vaksin Covid-19 yang telah tamat tempoh.

Ia termasuklah dos yang mencapai tempoh luput menjelang 1 Jun tahun ini.

Menurut PAC selain itu mereka menemui maklumat mengenai lebihan bekalan peralatan pelindung diri (PPE) yang diterima, selain kira-kira 850,000 penutup but bernilai RM927,000 akan mencapai tarikh luputnya menjelang akhir 2024. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button