BeritaJenayah

Polis kenal pasti pembunuh pekerja restoran nasi kandar

Polis telah mengenal pasti empat lelaki yang terlibat dalam pembunuhan seorang pekerja restoran nasi kandar di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, awal pagi semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Hamzah Ahmad, berkata operasi memburu suspek sedang giat dijalankan, lapor Bernama.

Pekerja restoran itu, seorang warga Myanmar, diserang sekitar jam 3.30 pagi oleh empat lelaki bersenjatakan parang serta memakai topi dan pelitup muka.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Anuar Abdul Rahman, berkata kumpulan tersebut terus menyerang mangsa yang sedang bertugas sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta berwarna gelap.

Mangsa berusia 38 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan

Back to top button