BeritaJenayah

Perompak bersenjata rompak kedai emas di Nilai

Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Nilai, Abdul Malik Hasim, berkata dua daripada mereka memasuki premis tersebut, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.

Beliau berkata, polis menerima makluman mengenai rompakan itu melalui panggilan daripada seorang wanita.

“Siasatan awal mendapati rompakan berlaku sekitar jam 8.30 malam semalam. Salah seorang suspek dipercayai memiliki senjata api.”

“Tiada kecederaan dilaporkan. Jumlah kerugian masih dalam penilaian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai rompakan itu boleh menghubungi polis Nilai di talian 06-7904222.

Rakaman video kejadian tersebut telah tular di media sosial, menunjukkan dua lelaki bertopeng merompak sebuah kedai emas di dalam pasar raya.

Artikel Berkaitan

Back to top button