Viral

(VIDEO) ‘Ada kaki, ada tangan, pergi kerja’, lelaki sempat sekolahkan warga asing pecah rumah miliknya

KUALA LUMPUR 27 Jun – Tular di laman sosial seorang lelaki warga asing berjaya ditangkap ketika cuba memecah masuk sebuah rumah baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di halaman Facebook itu memaparkan suspek berjaya ditangkap selepas dia terjatuh dari siling tandas rumah tersebut.

Difahamkan, video kejadian yang dipercayai berlaku pada Sabtu lalu itu dirakam oleh pemilik rumah tersebut.

Dalam video berdurasi 37 saat itu, kelihatan suspek terbaring di satu sudut lantai dan diikat tangannya oleh pemilik rumah tersebut dan videonya dirakam sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.

Dalam video tersebut berkenaan juga, kedengaran suara perakam sempat menasihati suspek.

“Kau pecah rumah orang, kau jatuh dan kau sendiri yang kesakitan.

“Kau tengok macam mana kau boleh jatuh? Kau ada kaki, ada tangan pergi kerja. Kenapa tak nak kerja dan mencuri?

“Mencuri selepas itu menyusahkan orang,” katanya.

Video yang dimuat naik itu juga meraih perhatian warga maya kerana tindakan pemilik rumah tersebut yang masih bersikap ‘lembut’ terhadap suspek.

“Yakin sangat merangkak atas siling rumah orang tu dah kenapa? Memang mendapatlah kau. Silap hari bulan boleh lunyai pemilik rumah kerjakan kau,” kata Muhammad Yusry.

“Puas hati dapat sekolahkan pencuri ni. Walaupun kita tahu mereka tidak akan dengar nasihat, tapi sekurang-kurangnya puas hati ni. Habis pecah siling rumah orang tu kau kerjakan,” kata Nur Maisarah.

“Pencuri mana nak kerja. Bagi diorang mencuri lagi cepat dapat duit. Tak payah tunggu hujung bulan. Tapi bila dapat tangkap macam ni memang patut sumbat saja dalam penjara,” kata Iman Bay. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button