Buli kawan sampai lunyai sebab ‘awek’, geng ‘kadet polis’ kena reman
Kejadian buli itu berlaku di sebuah kawasan perumahan di Johor Bahru

JOHOR BAHRU 15 Ogos – Tujuh pelajar lelaki termasuk seorang warga asing yang ditahan selepas disyaki buli seorang remaja lelaki di tempat awam di Taman Bestari Indah Johor Bahru, direman dua hari.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret R Salini di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Tempoh reman yang bermula hari ini dan esok bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan ke atas semua suspek mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub selamat berkata, kejadian berpunca daripada salah seorang suspek yang tidak berpuas hati mangsa berkawan dengan teman wanitanya.
Pengadu melaporkan dia telah dipukul, ditendang, dipijak, disepak dan ditumbuk beberapa kali di bahagian hadapan badan, belakang badan, peha, perut dan lengan kiri serta kanan.
Kes disiasat dibawah seksyen 147 Kanun Keseksaan. – Awani