Politik

Lokman Adam akan sokong PN jika Najib dibebaskan

Lokman mendakwa, usaha untuk memenjarakan Najib dimulakan oleh oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini bersama PN.

KUALA LUMPUR 8 Ogos – “Kalau sokong Perikatan Nasional (PN) boleh bebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak, sudah lama saya sokong PN,” kata Datuk Lokman Noor Adam.

Demikian pengakuan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu dalam satu ceramah kempen politik.

Kata beliau, tidak logik dakwaan konon bekas Perdana Menteri itu akan dibebaskan jika PN menang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Lokman
Najib Razak

“Orang macam saya penyokong Najib. Mereka kata disebabkan Najib tidak dibebaskan lagi, maka PRN kita boikot. Biar Barisan Nasional (BN) kalah.

“Kalau PN menang maka Najib akan dibebaskan. Saya nak beritahu orang seperti ini jangan jadi bodoh,” katanya.

Lokman mendakwa, usaha untuk memenjarakan Najib dimulakan oleh oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini bersama PN.

Dakwa beliau, individu yang meneruskan usaha Mahathir untuk penjarakan Najib adalah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jadi di mana logiknya. Jangan terpedaya dengan manusia seperti Annuar Musa, Tun Faisal, Papa Gomo. Pengkhianat tetap pengkhianat,” dakwanya lagi. – Kosmo

Artikel Berkaitan

Back to top button