Berita

Salahuddin jalani pembedahan, alami pendarahan dalam otak

Salahuddin Ayub disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

KUALA LUMPUR 22 Julai – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Setiausaha Akhbar Menteri, Nur Syakirin Husnal berkata, Salahuddin kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

“Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa.

“Pihak pejabat menteri juga memanjangkan ucapan terima kasih daripada pihak keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub atas semua doa, sokongan dan ingatan kepada beliau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Salahuddin dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan pada pukul 10.15 malam selepas mengalami mual dan muntah-muntah. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button