Viral

(VIDEO) Sakit dapat, malu pun dapat, mat motor ‘cium jalan’ lepas sepak cermin sisi kereta

Rakaman yang tular di laman sosial itu memaparkan penunggang lelaki itu dipercayai berang dengan tindakan pemandu kereta berkenaan yang menukar lorong semasa kesesakan lalu lintas

KUALA LUMPUR 10 Okt – Tular sebuah video seorang penunggang motosikal terjatuh ke bahu jalan selepas bertindak menendang cermin sisi sebuah kereta di sebuah lebuh raya semalam.

Rakaman yang tular di laman sosial itu memaparkan penunggang lelaki itu dipercayai berang dengan tindakan pemandu kereta berkenaan yang menukar lorong semasa kesesakan lalu lintas.

Akibat tindakan penunggang berkenaan, cermin sisi kereta itu dilihat tercabut sejurus ditendang ketika kejadian itu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)

Dalam rakaman sama, kereta itu juga dilihat sedang memotong dan difahamkan masuk ke laluan jalan yang sama tanpa melepasi garisan putih selepas sedar penunggang motosikal tersebut berada di belakang.

Berdasarkan info yang dikongsikan itu, difahamkan lokasi dan masa kejadian masih belum dapat dikenal pasti.

Rata-rata warganet turut tidak berpuas hati dengan tindakan penunggang berkenaan yang menggunakan kekerasan.

“Hon saja dah cukup. Tak perlukan nak rosak harta benda orang lain,” komen M Kalidevi.

“Mentang-mentang dia motor, dia ingat dia boleh terajang semua benda atas jalan. Kereta pun dah cukup berhati-hati nak tukar lorong,” kata Suria Sun.

“Bila atas jalan raya ni, janganlah rasa diri sendiri saja betul. Makan la jalan tar tu dah suka-suka nak rosakkan cermin orang,” kata Nabila Yusof. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button