Viral

(VIDEO) Lelaki ‘bacul’ tunjal kepala isteri bekas ADUN Bayan Lepas

Satu laporan polis berhubung kejadian akan dibuat Azrul pada jam 4 petang di Balai Polis Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR 6 Julai – Seorang wanita diserang seorang lelaki ketika berada di kedai runcit miliknya di Mutiara Perdana di sini, kira-kira jam 1.35 tengah hari tadi.

Satu laporan polis berhubung kejadian akan dibuat Azrul pada jam 4 petang di Balai Polis Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Dalam video berkenaan, kelihatan mangsa diketuk beberapa kali di bahagian kepala sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Difahamkan mangsa adalah isteri kepada bekas ADUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz.

Video berdurasi 1 minit 29 saat itu turut tular di laman sosial dan mengundang pelbagai reaksi warganet yang menyifatkan lelaki berkenaan ‘bacul’ kerana memukul wanita.

Difahamkan, suspek dipercayai turut menunjal kepala wanita tersebut gara-gara menegur seorang pelajar sekolah yang disyaki mencuri di dalam premis berkenaan.

“Dasar lelaki bacul, pukul perempuan. Salah orang la kau nak cari lawan. Tunggu je la kena kutip nanti,” kata Nur Aliah.

“Cukup pantang aku tengok lelaki naik tangan kat orang perempuan ni. Tak kisahlah apa pun masalah masa tu tapi kau takde hak nak pukul perempuan,” kata Muhd Muazam.

“Apa la agaknya yang lelaki tu marah sangat sampai nak tunjal kepala perempuan tu? Kenapa tak bincang elok-elok. Ini sampai pukul dan kena tidur lokap nanti,” kata Isma Sani.

Setakat berita ini ditulis, belum ada kenyataan dari pihak polis berhubung kejadian itu. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button