(VIDEO) Abang bot pandai cakap Korea di Sabah raih pujian
Menerusi video dimuat naik Percutian Bajet Sabah pada TikTok, lelaki tersebut pada mulanya memberi penjelasan kepada pelancong tempatan di bot tersebut.

KUALA LUMPUR 17 Julai – Seorang lelaki yang juga pemandu pelancong di Sabah meraih pujian daripasa warganet hari ini apabila berusaha menggunakan Bahasa Korea sewaktu memberi penjelasan kepada pelancong negara tersebut.
Menerusi video dimuat naik Percutian Bajet Sabah pada TikTok, lelaki tersebut pada mulanya memberi penjelasan kepada pelancong tempatan di bot tersebut.
View this post on Instagram
Kemudian, dia turut menerangkan kembali menggunakan bahasa Korea kepada pelancong negara tersebut yang berada di bot itu.
Biarpun ada pengguna media sosial mengatakan bahasa disebut lelaki itu sedikit pelik, ada yang memberitahu dia memang menggunakan bahasa Korea, malah difahami pelancong berkenaan.
Tinjauan Xklusif di ruangan komen mendapati rata-rata warganet memuji lelaki tersebut, malah ada yang bercerita pernah berjumpa penduduk di Sabah boleh berbahasa Korea memandangkan ramai pelancong dari negara itu berkunjung ke sana.
“Bagus abang bot. Satu perkara yang baru apabila dapat lihat pekerja dalam sektor pelancongan berusaha belajar Bahasa Asing,” kata Hasrini Ali.
“Yang tengok drama Korea hari-hari pun belum tentu boleh cakap Korea. Tapi abang ni nampak yakin. Orang Korea tu pun pandai-pandai la nak faham macam mana,” kata Ayman Samsuri.
“Sikit lagi ramai la orang Korea datang Sabah nak bercuti sebab dah ad ayang boleh cakap bahasa sana. Baguslah, boleh naikkan lagi pelancongan di Sabah,” kata Nur Asiah Jalil. – Xklusif