(VIDEO) Suami, anak-anak datang kemas barang di pejabat arwah isteri runtun hati warganet
Arwah merupakan sahabat baiknya yang meninggal dunia secara tiba-tiba sehingga meruntun hati semua.

KUALA LUMPUR 14 Julai – Pemergian rakan kerja yang baik semestinya meninggal kesan mendalam buat warga pejabat yang lain, apatah lagi apabila sesekali mata tertumpu kepada meja arwah yang masih tersusun kemas.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan kehadiran seorang lelaki bersama anak-anak yang sedang mengemas barang peninggalan arwah isterinya di pejabat sehingga mengundang sebak warganet.
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian video Shida Syaril di TikTok, arwah merupakan sahabat baiknya yang meninggal dunia secara tiba-tiba sehingga meruntun hati semua.
“Hari ni suami dan anak-anak kau datang kemas tempat kau beb. Sedih sangat kami bila tengok anak-anak kau mengemas barang-barang kau masuk dalam kotak.
“Aku doakan semoga kau ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya pada kapsyen video tersebut.
Dalam masa sama, ada dalam kalangan warganet turut berkongsi pengalaman sama selepas kehilangan orang tersayang.
“Saya pun dah hampir 2 tahun suami pergi…masih tak boleh pandang semua barang barang peninggalan suami …sedih amat,” kata UwanRayyan.
“Teringat dengan arwah kakak senior saya di tempat keje. Kematian yang tiba-tiba. Paling sedih bila aanak-anak arwah datang kemas macam ni. Setahun berlalu tapi hati ini rindu,” kata SisterHijau.
“Adik sy meninggal waktu tengah belajar di poli. Masa bawa balik barang-barang dia siapa pun tak buka tengok. Sekarang dah 4 tahun, barang tu masih dekat situ,” kata DanialHana.
“Ya Allah, sebaknya. keluar juga air mata saya. moga Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Aamiin,” kata Azita Mohd Faidz. – Xklusif