Viral

(VIDEO) Wanita tak puas hati kena saman bikin kecoh di Brickfields

Difahamkan wanita berkenaan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis.

KUALA LUMPUR 27 Julai – Tular sebuah video memaparkan seorang wanita dipercayai pempengaruh mempersoalkan tugas anggota polis yang menyamannya di sekitar Brickfields, baru-baru ini.

Dalam video berdurasi 40 saat itu, difahamkan wanita berkenaan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis berkenaan yang dikatakan tidak ‘memberi muka’ apabila bertindak menyamannya atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.

Wanita berkenaan mendakwa dua anggota polis berbangsa Melayu masih berbudi bicara ketika menegurnya, namun anggota polis yang berbangsa India terus bertindak menyaman wanita berkenaan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)

“This is how police behave? Take out your phone and record me. You want to show power?,” kata wanita berkenaan dalam nada suara yang tinggi.

Kawasan Brickfields memang terkenal dengan trafik yang sesak dan kesukaran untuk mencari tempat letak kenderaan yang dibenarkan, dan polis trafik sentiasa memantau situasi trafik di kawasan itu.

Dalam video berkenaan juga, kelihatan anggota polis di kawasan itu cuba menenangkan wanita berkenaan dengan menjelaskan situasi itu, namun wanita itu tetap meneruskan provokasi terhadap anggota polis berkenaan.

Kejadian itu turut menyebabkan trafik di jalan bersebelahan menjadi perlahan kerana orang ramai ingin menyaksikan apa yang berlaku antara wanita berkenaan dan polis yang terbabit.

Bagaimanapun, difahamkan tiada sebarang kekasaran berlaku dan wanita itu beredar daripada kawasan berkenaan selepas disaman.

Setakat berita ini ditulis, tiada kenyataan daripada pihak polis berhubung insiden berkenaan,” katanya.

Untuk rekod, penjawat awam diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tugas dan fungsi mereka. Jika kita melakukan sebarang kesalahan dan tindakan perlu diambil oleh mana-mana penjawat awam, adalah lebik baik kita memberi kerjasama atau membenarkan mereka membuat tugas.

Contohnya, disaman kerana salah parkir, ditahan kerana cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya atau tidak berhenti semasa ditahan pihak polis. Situasi sebegini selalunya dilawan, dimaki atau dihalang oleh segelintir netizen daripada tidak diambil tindakan undang-undang.

Individu boleh didakwa atas kesalahan menghalang penjawat awam di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button