(VIDEO) Sindir di media sosial disyaki punca dua geng motor bergaduh di Pandan Indah
Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam di sebuah restoran di Pandan Indah.

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Tular di media sosial rakaman video sekumpulan lelaki bertindak agresif dengan merusuh di sebuah restoran di Pandan Indah, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, dua kumpulan lelaki dipercayai berkumpul di kedai berkenaan sebelum berlaku pergaduhan.
Rakaman video berdurasi 30 saat yang menunjukkan pergaduhan itu tular di media sosial.
View this post on Instagram
Menurut sumber, kejadian dipercayai berpunca daripada sindiran di media sosial mengenai rancangan menggabungkan dua kumpulan kelab motosikal.
“Mereka dikatakan tidak puas hati lalu mengadakan pertemuan di restoran itu sebelum berlakunya pergaduhan.
“Setakat ini, polis sudah menahan lapan individu berusia antara 19 hingga 33 tahun yang disyaki terbabit pergaduhan,” katanya.
Katanya, polis kini sedang giat mengesan beberapa lagi suspek yang masih bebas. – Xklusif